Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2015

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIIIa bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIb

PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN

Pegawai diberi kuasa 24la.  (1)  Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai Jabatan Penerbangan Awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang diberikan kepadanya oleh Ketua

Pengarah.

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 24lb. Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan apa-apa kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan kuasa itu.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1497

Kuasa untuk menghendaki maklumat 24lc. (1) Pegawai diberi kuasa boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini; atau

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini.

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—

(a)

untuk memberi pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat itu;

(b)

untuk mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

(c)

untuk membuat salinan apa-apa dokumen dan mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa;

(d)

jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

(e)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk

Penerbangan Awam (Pindaan)

9

memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; atau

(f)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.

(3)

Orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa; dan

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi mengenai hakikat itu, termasuklah representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(4)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan 24ld.  (1)  Bagi maksud menentukan pematuhan Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1497

buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Ketua Pengarah atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini; atau

(b)

menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menyiasat 24le.  Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—

(a)

suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan;

(b)

terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan;

atau

(c)

terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan, berhubung dengan Akta ini.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan 24lf. Seseorang yang tidak mendedahkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat atau keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat,

Penerbangan Awam (Pindaan)

11

keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai gerak balas kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Perintah pematuhan 24lg.  (1)  Jika pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa seseorang itu telah melakukan atau mungkin akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh membuat suatu perintah pematuhan di bawah seksyen ini.

(2)

Mana-mana orang yang terhadapnya suatu perintah pematuhan dibuat hendaklah mematuhi perintah itu.

(3)

Suatu perintah pematuhan boleh menghendaki seseorang supaya menahan diri daripada pelakuan yang melanggar Akta ini atau mengambil tindakan yang dikehendaki bagi mematuhi

Akta ini.

(4)

Suatu perintah pematuhan hendaklah dibuat secara bertulis yang menyatakan alasan bagi pembuatannya.

Pemberian maklumat 24lh. (1) Mana-mana orang yang—

(a)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

(b)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai diberi kuasa

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1497

di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud pengambilan khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)

berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu;

atau

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.”.

Section 9 — AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2015 | mylaw.my