Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Subseksyen 66(1) Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (nn), dengan memotong perkataan
“yang tidak sesuai dibaiki oleh kerana kemalangan dahsyat, usia tua atau sebab lain atau jika nombor casis kenderaan motor itu telah diusik”;
(b)
dalam perenggan (pp), dengan memasukkan selepas perkataan “mekanisme pemanggilan kembali” perkataan
“dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya”;
(c)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (ss)
dengan perkataan “; dan”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas perenggan (ss) perenggan yang berikut:
“(tt) bagi mengawal selia penggunaan apa-apa kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasangkan pada suatu kenderaan motor dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya.”.
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 88