Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980

Seksyen 6

Pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan

(a)

pencen bulanan berdasarkan satu perenam ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan

(b)

ganjaran berdasarkan satu perdua puluh daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya.

(2)

Jika seseorang pegawai berpencen bersara di bawah Ordinan itu―

(a)

apabila jawatannya dihapuskan; atau

(b)

bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu berkhidmat mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi, sebagai tambahan kepada ganjaran yang diberi di bawah perenggan

(1)

(b)

di atas, pencennya boleh, sekiranya mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan satu perlima ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya.

Pencen terbitan dan ganjaran terbitan

Section 6 — AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 | mylaw.my