Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 77

bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIa

LARANGAN TERHADAP PEMBUANGAN, DSB., SISA PEPEJAL

Larangan terhadap pembuangan, dsb., sisa pepejal di tempat awam atau jalan awam 77a.  (1)  Tiada seorang pun boleh membuang, mencampakkan, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam kecuali di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “jalan awam” termasuklah mana-mana jalan Persekutuan, jalan Negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambungan dengan jalan itu, yang disenggara dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa

Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Pindaan)

5

Perintah khidmat masyarakat 77b.  (1)  Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah seksyen itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah—

(a)

menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan

(b)

menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa—

(i)

kesan perintah khidmat masyarakat itu; dan

(ii)

akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.

(3)

Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan.

(4)

Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai diberi kuasa.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1771

(5)

Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(7)

Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] hendaklah terpakai.

(8)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

(b)

“khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam.

Kuasa pengawasan khidmat masyarakat 77 c.

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 77b(1).”.

Pindaan seksyen 108

Section 3 — AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025