Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017

Seksyen 29

Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen 30a yang sedia ada sebagai seksyen 30b; dan

(b)

dalam seksyen 30b yang dinomborkan semula, dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini sedang dilakukan atau telah dilakukan di mana-mana premis,

Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu—

(a)

untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan kekerasan;

Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)

(b)

untuk menggeledah dan menyita di premis itu apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis atau peranti lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, dan apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; dan

(c)

untuk menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah, jika perlu.”.

Seksyen 30a baharu

Section 29 — AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017