Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017

Seksyen 34

Peruntukan kecualian

(2)

Semua sebutan mengenai Lembaga Penilai, Pentaksir dan

Ejen Harta Tanah dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga Penilai, Pentaksir,

Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.

(3)

Penukaran nama “Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta

Tanah” kepada “Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta” apabila Akta ini mula berkuat kuasa tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi Lembaga atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang olehnya atau terhadapnya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan olehnya atau terhadapnya sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan di bawah namanya yang baharu.

(4)

Semua sebutan mengenai Pendaftar Penilai, Pentaksir dan

Ejen Harta Tanah dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pendaftar Lembaga Penilai,

Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.

(5)

Semua tindakan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan, garis panduan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan atau ditamatkan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini.

(6)

Semua wang yang terkandung di dalam atau kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen

Harta Tanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Akta ibu hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, dipindahkan kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan

Wang Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus

Harta.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1550

(7)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan oleh Lembaga di bawah meterai perbadanan

“Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah” sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

Section 34 — AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017