Malaysia legislation
Section 4
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017
Seksyen 4
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memotong takrif “amalan perejenan harta tanah”;
(b)
dengan menggantikan takrif “Daftar” dengan takrif yang berikut:
‘ “Daftar” ertinya Daftar Penilai, Pentaksir, Ejen
Harta Tanah dan Pengurus Harta yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(a);’;
(c)
dengan menggantikan takrif “Daftar Penilai Percubaan/
Ejen Harta Tanah Percubaan” dengan takrif yang berikut:
‘ “Daftar Percubaan” ertinya Daftar Penilai Percubaan,
Ejen Harta Tanah Percubaan dan Pengurus Harta
Percubaan yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(b);’;
(d)
dalam takrif “ejen harta tanah percubaan”, dengan menggantikan perkataan “Daftar Penilai Percubaan/
Ejen Harta Tanah Percubaan” dengan perkataan “Daftar
Percubaan”;
(e)
dalam takrif “Kumpulan Wang”, dengan menggantikan perkataan “Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah” dengan perkataan “Lembaga Penilai, Pentaksir,
Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta”;
(f)
dengan menggantikan takrif “Lembaga” dengan takrif yang berikut:
‘ “Lembaga” ertinya Lembaga Penilai, Pentaksir,
Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;’;
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(g)
dengan menggantikan takrif “pemohon” dengan takrif yang berikut:
‘ “pemohon” ertinya penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar perseorangan, atau suatu firma penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;’;
(h)
dengan menggantikan takrif “Pendaftar” dengan takrif yang berikut:
‘ “Pendaftar” ertinya Pendaftar Lembaga Penilai,
Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang dilantik di bawah seksyen 15;”;
(i)
dalam takrif “pengurus harta”, dengan memotong perkataan
“untuk memelihara atau menambah pelaburan dalam, atau nilai fizikal, harta itu”;
(j)
dengan memasukkan selepas takrif “pengurus harta” takrif yang berikut:
‘ “pengurus harta berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian IV
Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;’;
(k)
dengan memasukkan sebelum takrif “pengurusan harta”
takrif yang berikut:
‘ “pengurus harta percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai pengurus harta percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam
Daftar Percubaan;’;
(l)
dengan menggantikan takrif “pengurusan harta” dengan takrif yang berikut:
‘ “pengurusan harta” ertinya pengurusan dan pengawalan apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalam tanah atau bangunan itu, tidak termasuk pengurusan perniagaan berdasarkan harta, bagi pihak pemunya untuk suatu fi;’; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1550
(m)
dalam takrif “penilai percubaan”, dengan menggantikan perkataan “Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah
Percubaan” dengan perkataan “Daftar Percubaan”.
Pindaan tajuk Bahagian III