Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017
Seksyen 5
(2)
Apa-apa waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh suatu Mahkamah
Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
(3)
Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh suatu
Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam
Negeri lain di Malaysia mengikut mana-mana undang-undang
Negeri itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
(4)
Apa-apa notis atau permohonan yang diberikan atau dibuat oleh Pendakwa Syarie menurut kuasa di bawah subseksyen 58(3)
Akta ibu berhubung dengan prosiding di hadapan Mahkamah
Rayuan Syariah yang sedia ada atau belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh
Akta ini.