Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Seksyen baharu 40a

seksyen yang berikut:

“Penjalanan prosiding di tempat lain atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh 40a.  (1)  Walau apa pun seksyen 40, seseorang Hakim atau

Pendaftar yang menjalankan suatu prosiding bagi kes mal

Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

9

boleh menentukan supaya prosiding itu atau mana-mana bahagian prosiding itu dijalankan—

(a)

di mana-mana tempat selain Mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40; atau

(b)

melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

(2)

Subseksyen (1) terpakai jika Hakim atau Pendaftar itu berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat keadaan darurat; atau

(b)

setelah mengambil kira hal keadaan kes itu, adalah wajar bagi penentuan di bawah subseksyen (1)

dibuat.

(3)

Dalam menjalankan prosiding menurut subseksyen (1),

Hakim atau Pendaftar itu hendaklah memastikan bahawa—

(a)

penjalanan prosiding itu mematuhi undang-undang yang sedang berkuat kuasa, Hukum Syarak dan apa-apa arahan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan

(b)

penjalanan prosiding itu tidak menjejaskan keadilan, tidak melibatkan penyalahgunaan proses Mahkamah dan tidak terdapat unsur keraguan, penipuan dan syak.

(4)

Tempat di mana prosiding dijalankan menurut subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 45;

“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.”.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta A1749

Pindaan seksyen 43

Section 11 — AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025