Malaysia legislation
Section 18
of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025
Seksyen 18
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 61
seksyen yang berikut:
“Jawatankuasa Wakaf 61a. (1) Bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah seksyen 61, Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Wakaf Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan”.
(2)
Jawatankuasa Wakaf hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menerima dan mendaftarkan, atau menolak apa-apa harta sebagai suatu mawquf;
(b)
untuk melantik mana-mana orang sebagai mutawalli untuk melaksanakan fungsi yang berikut:
(i)
memungut dan menerima apa-apa mawquf;
14
Undang-Undang Malaysia
Akta A1749
(ii)
mengurus, mentadbir dan membangunkan apa-apa mawquf; dan
(iii)
mengagihkan apa-apa manfaat mawquf;
(c)
untuk melantik mana-mana orang sebagai qayyim untuk melaksanakan mana-mana satu atau dua fungsi yang berikut:
(i)
memungut dan menerima apa-apa mawquf;
(ii)
mengurus, mentadbir dan membangunkan apa-apa mawquf; atau
(iii)
mengagihkan apa-apa manfaat mawquf;
(d)
untuk mengiktiraf mana-mana pentadbir yang dilantik oleh orang yang menyerahkan dan menyumbangkan hartanya sebagai mawquf (waqif);
(e)
untuk melaksanakan istibdal;
(f)
untuk memperoleh apa-apa harta sebagai suatu mawquf dengan menggunakan wang daripada
Baitulmal atau sumber lain yang dibenarkan mengikut
Hukum Syarak;
(g)
untuk mengusahakan dan menguruskan pembangunan suatu mawquf dan menyenggara mawquf itu;
(h)
untuk meluluskan apa-apa produk atau skim wakaf;
(i)
untuk melaksanakan apa-apa arahan, dasar atau keputusan Majlis berhubung dengan wakaf;
(j)
untuk memungut segala hasil yang diperoleh daripada mawquf; dan
(k)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)
(3)
Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi—
(a)
keanggotaan dan tatacara Jawatankuasa Wakaf;
(b)
perkara yang berhubungan dengan pendaftaran wakaf;
(c)
perkara yang berhubungan dengan pelantikan mutawalli dan qayyim serta pengiktirafan pentadbir;
(d)
perkara yang berhubungan dengan pengurusan, pembangunan dan pelaksanaan wakaf;
(e)
pelantikan dan tanggungjawab Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf serta Daftar Wakaf;
(f)
elaun yang kena dibayar kepada anggota Jawatankuasa
Wakaf;
(g)
fi yang kena dibayar berkenaan dengan wakaf;
(h)
rukun, syarat dan kaedah wakaf;
(i)
kesalahan yang berhubungan dengan wakaf; dan
(j)
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan wakaf.”.
Pindaan seksyen 63