Malaysia legislation

Section 39

of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 39

Kecualian dan peralihan

(2)

Semua orang yang dilantik di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai mutawalli atau qayyim hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terus bertindak sedemikian sehingga habis tempoh perjanjiannya.

(3)

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam)

2006 [P.U. (A) 74/2006] yang dibuat di bawah subseksyen 96(4)

Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan.

(4)

Semua tindakan dan prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan atau diselesaikan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Section 39 — AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025