Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2011

Seksyen 4

Kecualian dan peralihan

Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 2 dan 3 Akta ini kepada orang selain mereka yang disebut dalam subseksyen 4(3) dan 5(4) Akta ibu, jika tempoh dua belas tahun setengah itu telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:

(a)

tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai itu;

(b)

orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan

(c)

pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.

Section 4 — AKTA PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2011