Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan-wang:
(a)
apa-apa bantuan wang yang diberi kepada Lembaga oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
(b)
semua wang yang dipungut di bawah seksyen 14;
(c)
semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 11;
(d)
semua wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa pelaburan di bawah seksyen 12 atau dari apa-apa harta, gadaijanji, gadaian atau debentur; dan
(e)
wang yang diterima dari sumber-sumber lain.
(3)
Kumpulanwang hendaklah digunakan bagi membayar wang berikut:
(a)
perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam mentadbir Kumpulanwang dan dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
perbelanjaan-perbelanjaan bagi penyelidikan dan kemajuan berkenaan dengan pengeluaran, pengambilan, pemerosan, penyimpanan, pengangkutan, pemasaran, pemakaian dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;
(c)
penyibaran maklumat dan publisiti dengan bertujuan untuk menggiatkan bertambahnya atau pembaikan dalam pengeluaran, pemasaran dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;
(d)
memperuntukkan wang kepada Institiut dan kepada mana-mana pertubuhan lain yang difikirkan munafaat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan, kemajuan atau publisiti;
(e)
sumbangan-sumbangan kepada badan-badan antarabangsa yang mana Persekutuan adalah suatu negara peserta yang menguruskan perbekalan dan permintaan minyak kelapa sawit dan keluarankeluaran kelapa sawit atau penyelidikan mengenai atau kemajuan minyak kelapa sawit dan keluarankeluaran kelapa sawit; dan
(f)
pembayaran balik wang-wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 11.