Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979

Seksyen 15

(2)

Akaun-akaun Lembaga hendaklah diodit oleh juruodit-juruodit yang akan dilantik pada tiap-tiap tahun oleh Lembaga.

(3)

Selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan, selepas sahaja akaun-akaun Lembaga diodit, Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun tiap-tiap tahun, menyebabkan satu salinan penyata-penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan satu salinan pandangan yang dibuat oleh juruodit itu mengenai sesuatu penyata akaun atau mengenai akaun-akaun Lembaga.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan penyata-penyata akaun dan satu salinan pandangan yang dihantar kepadanya di bawah seksyen-kecil (3) dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

14

(2)

Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan, menyebab dikemukakan satu laporan mengenai aktiviti-aktivitinya, yang disertakan dengan satu penyata perbelanjaan dan hasilnya, kepada Menteri. Menteri hendaklah menyebab dibentangkan satu salinan tiap-tiap laporan Lembaga di dalam Dewan Rakyat.

Section 15 — AKTA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN MINYAK KELAPA SAWIT 1979