Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran menghendaki makna yang lain—
"ahli" ertinya ahli Lembaga, dan termasuklah ahli gilir;
"Institiut" ertinya Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang akan ditubuhkan di bawah seksyen 7;
"kelapa sawit" ertinya jenis dari janas Elaeis dan termasuklah kacukan dari jenis-jenis ini dan kacukan-kacukan hasil dari campuran jenis-jenis ini dengan apa-apa jenis palma yang lain;
"keluaran-keluaran kelapa sawit" ertinya keluarankeluaran yang didapati terus dari kelapa sawit atau kesemuanya atau sebahagiannya dikilang dari keluarankeluaran itu;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 8 dan termasuklah seorang Timbalan Ketua Pengarah;
"Kumpulanwang" ertinya Kumpulanwang Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
"Lembaga" ertinya Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perusahaan kelapa sawit;
"minyak kelapa sawit" ertinya minyak, sama ada dalam bentuk mentah atau dalam bentuk diproses selanjutnya, yang dikeluarkan dari buah dan biji kelapa sawit;
"pegawai, penjawat atau ejen" ertinya pegawai, penjawat atau ejen Lembaga;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3; dan
"program yang diluluskan" ertinya program yang diluluskan oleh Lembaga.