Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Lembaga hendaklah menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:
(a)
untuk menjalan dan menganjurkan penyelidikan mengenai pengeluaran, pengambilan, pemerosan, penyimpanan, pengangkutan, pemasaran, pemakaian dan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit;
(b)
untuk mendapatkan, di mana kepentingan awam atau kepentingan perusahaan kelapa sawit memerlukan, apa-apa hasil penyelidikan dimajukan atau dieksploitasi, yang mana pada pendapat Lembaga tidak dimajukan dan dieksploitasi atau tidak dimajukan atau dieksploitasi dengan secukupnya;
(c)
untuk memperolehi, memegang, melupuskan atau memberi hak-hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh Lembaga atau, di mana kepentingan awam atau kepentingan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit memerlukan, berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh manamana orang atau pertubuhan;
(d)
untuk mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan dasar-dasar semua pertubuhan penyelidikan dan kemajuan yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagian besarnya dari Kumpulanwang;
(e)
untuk mempastikan supaya ia sentiasa diberitahu dengan sepenuhnya akan aktiviti-aktiviti dan dasardasar semua pertubuhan penyelidikan dan kemajuan yang dibiayai sebahagiannya oleh Kumpulanwang;
(f)
mengumpul, menyatukan dan menyebar maklumat berkenaan dengan kelapa sawit, minyak kelapa sawit, keluaran-keluaran kelapa sawit dan lain-lain minyak dan lemak sayur-sayuran dan binatang, dan untuk menggalakkan penggunaan minyak kelapa sawit dan keluaran-keluaran kelapa sawit berasingan dengan bahan-bahan lain atau sebagaimana komplementari kepadanya;
(g)
untuk menyelaras aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar Persekutuan berhubung dengan penyelidikan, kemajuan, publisiti dan lain-lain perkara berkenaan dengan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit;
(h)
untuk memberitahu Menteri sepenuhnya semua perkara berhubung dengan penyelidikan dan kema-juan perusahaan-perusahaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit; dan
(i)
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang di-arahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Lembaga boleh melakukan segala perkara yang menasabah perlu bagi, atau bermunafaat bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsi-fungsinya, khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan seksyen ini—
(a)
mengikat kontrak dengan atau mentauliah manamana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan; dan
(b)
mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan perunding bagi orangramai.