Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Lembaga hendaklah, berhubung dengan Institiut—
(a)
menetapkan bilangan dan gred kakitangan dan pakar-pakar yang dikehendaki oleh Institiut;
(b)
melantik kakitangan Institiut (lain daripada Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah);
(c)
menentukan prioriti aktiviti-aktiviti penyelidikan Institiut dan meluluskan program-program penyelidikan tahunan dan anggaran perbelanjaan yang perlu bagi menubuh dan menjalankan kerja dan pentadbiran Institiut;
(d)
mempastikan supaya program-program yang diluluskan dijalankan dengan sewajarnya dan perbelanjaan dilakukan mengikut anggaran;
10
(e)
mempastikan supaya perbelanjaan bagi penubuhan, pentadbiran dan penjalanan program-program yang diluluskan adalah mengikut anggaran; dan
(f)
mempunyai apa-apa kuasa lain yang perlu bagi pengurusan Institiut.