Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

Seksyen 2

Tafsiran

“cetakan semula” ertinya edisi cetakan semula mana-mana undang-undang, atau mana-mana jilid undang-undang sedemikian, yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3;

“enakmen” ertinya suatu undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah ini atau mana-mana bahagian undang-undang itu;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 4;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 1

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 3;

“undang-undang” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada kuasa untuk membuat undang-undang tetapi, kecuali dalam seksyen 14,

15 dan 16, tidak termasuk Akta ini;

“undang-undang yang disemak” ertinya edisi semakan mana-mana undang-undang yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3.

Section 2 — AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 | mylaw.my