Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Perenggan asal (xx) sebagaimana yang terdapat pada 1 Januari 1969
berbunyi seperti yang berikut;
“(xx) membetulkan rujukan-rujukan mengenai undang-undang yang dimansuhkan dengan menggantikan rujukan-rujukan itu dengan rujukan-rujukan mengenai mana-mana undang-undang yang telah memansuhinya, dan bagi maksud itu adalah diisytiharkan bahawa suatu undang-undang adalah disifatkan sebagai diganti dengan suatu undang-undang lain jika sekiranya dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudiannya itu bahawa ia adalah menggantikan undang-undang yang dimansuhkan itu, atau jika sekiranya undang-undang yang kemudiannya itu menjadikan undang-undang semula, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak mana-mana peruntukan undang-undang yang dimansuhkan itu;”.
Perenggan asal itu telah digantikan oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perenggan yang digantikan itu telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 30 April 1971.