Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2026/A1787
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1787 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
[Akta 244], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam takrif “ahli”, dengan memotong perkataan
“, Timbalan Pengerusi”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1787
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL
MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1787
dalam takrif “filem-filem”, dengan memotong perkataan
“, filem subjek ringkas”;
dalam takrif “Pengerusi”, dengan memotong perkataan
“Timbalan Pengerusi dan”.
Pindaan seksyen 4
Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “dan seorang Timbalan
Pengerusi”; dan
dengan menggantikan perkataan “pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas” dengan perkataan
“pengetahuan dan pengalamannya yang luas”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“empat” dengan perkataan “lima”; dan
Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan
“untuk mengadakan” perkataan “latihan dan”; dan
dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut:
“(k) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau yang berkaitan dengan mana-mana tugas
Perbadanan di bawah Akta ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, selaras dengan maksud Akta ini.”.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
5
Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Pengerusi atau mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan apa-apa tugas dan kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Perbadanan.
Apa-apa tugas dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Perbadanan sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana tugas dan kuasa yang diwakilkan.”.
Pindaan seksyen 8
Subseksyen 8(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan
“Perbadanan”.
Pindaan seksyen 13
Subseksyen 13(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada lima orang ahli lain” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang ahli lain”.
Pindaan seksyen 15
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“dengan sendirinya, melalui pekongsi atau agennya”
dengan perkataan “dengan sendirinya atau melalui anggota keluarganya atau sekutunya”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1787
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(6a) Bagi maksud subseksyen (1)—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa
Perbadanan, termasuklah—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang ahli
Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, ertinya—
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”; dan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan
dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”.
Seksyen baharu 20a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk menubuhkan syarikat.
Quoted provision
Perbadanan boleh, dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh
Perbadanan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah perenggan 6(1)(f) atau penjalanan kuasanya di bawah perenggan 6(2)(b), (c) atau (h).”.
Pemotongan seksyen 22a
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 22a.
Pindaan seksyen 24b
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang namanya tersiar dalam penghargaan suatu filem sebagai penerbit atau penerbit bersama filem itu, atau yang selainnya ditunjukkan dalam penghargaan itu telah membiayai atau menyelia pengeluaran filem itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu.”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1787
Pindaan seksyen 25
Subseksyen 25(1) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu”
dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”.
Pindaan seksyen 26h
Seksyen 26h Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.”.
Pindaan seksyen 26k
Seksyen 26k Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun melalui peraturan-peraturan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
9
yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Perbadanan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh
Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Semua jumlah wang yang diterima oleh
Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang Disatukan Persekutuan.”.
Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan
“ahli jawatankuasa Perbadanan” dengan perkataan
“, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajian ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan,”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1787
dengan menggantikan perkataan “dua tahun”
dengan perkataan “tiga tahun”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima ribu”
dengan perkataan “seratus ribu”.
Seksyen baharu 29a dan 29b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Perisytiharan palsu.
Quoted provision
Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan.
Quoted provision
Perbadanan boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
11
Pindaan seksyen 34
Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) untuk menetapkan semua perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.”.
Pindaan seksyen 34a
Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya”.
Pindaan Jadual
dengan memasukkan selepas perenggan 1 perenggan yang berikut:
“Pengerusi sementara.
Menteri boleh melantik buat sementara mana-mana ahli Perbadanan untuk bertindak sebagai Pengerusi semasa apa-apa tempoh apabila—
Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1787
Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tugasnya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”; dan
dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan
“Timbalan Pengerusi” dengan perkataan “Pengerusi sementara”.