Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Hasil Perbadanan bagi mana-mana tahun kewangan hendaklah digunakan untuk membuat pembayaran yang berikut bagi tahun itu:
(a)
pembayaran balik hutang Perbadanan;
(b)
perbelanjaan kerja dan perjawatan; dan
(c)
penyenggaraan dan pembaharuan harta, dan penunaian fungsi, Perbadanan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada hasil.
(3)
Amaun yang masih ada daripada hasil Perbadanan untuk mana-mana tahun kewangan, selepas pembayaran yang disebut dalam subseksyen (2) dibuat, hendaklah digunakan untuk menjelaskan apa-apa kekurangan hasil yang dibawa ke hadapan dari tahun sebelumnya, dan baki daripada amaun itu, jika ada, selepas menjelaskan kekurangan itu, hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya tahun itu dimasukkan ke dalam akaun rizab am.
(4)
Wang yang ada dalam kredit akaun rizab am pada akhir setiap tahun kewangan boleh digunakan bagi maksud Perbadanan.
(5)
Wang dalam Tabung yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan dalam menunaikan mana-mana fungsi Perbadanan, jika dilaburkan, hendaklah dilaburkan oleh Perbadanan dalam pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah.
(6)
Perbadanan tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan, atau dalam harta lain yang terletak, di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan Menteri
Kewangan.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 810
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980