Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Perbadanan boleh, tertakluk kepada kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah—
(a)
untuk mengawal selia prosiding Perbadanan, panggilan mesyuarat dan perjalanan urusan;
(b)
bagi pelantikan jawatankuasa;
(c)
untuk menguntukkan kewajipan kepada, dan mengawal selia penjalanan kuasa eksekutif oleh, Perbadanan, jawatankuasa dan pegawai Perbadanan;
(d)
untuk mengawal selia perjalanan semua urusan yang dikendalikan dengan pengurusan mana-mana padang golf;
(e)
untuk mengawal selia pelantikan dan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(f)
untuk menetapkan caj masuk ke padang golf yang diuruskan atau disenggarakan oleh atau bagi pihak Perbadanan;
dan
(g)
untuk menetapkan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Pekhidmat awam