Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Pengerusi atau semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi atau semasa ketiadaan kedua-dua mereka, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Perbadanan.
(3)
Semua persoalan yang berbangkit dalam sesuatu mesyuarat
Perbadanan hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat itu dan, dalam hal terdapat bilangan undi yang sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4)
Seseorang anggota yang hadir dalam mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika dia dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan kewangan dalam mana-mana kontrak, kontrak yang dicadangkan atau apa-apa perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, mengisytiharkan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan dan selepas itu dia tidak boleh hadir semasa perkara itu dipertimbangkan atau dibincangkan dan tidak boleh mengundi tentang apa-apa persoalan yang berhubungan dengan perkara itu.