Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (PEMBUBARAN) 1996

Seksyen 4

Kecualian

(a)

kuasa;

(b)

hak;

(c)

keistimewaan;

(d)

kewajipan;

(e)

liabiliti; dan

(f)

obligasi, di bawah seksyen 18 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971

[Akta 46] yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini adalah bagi oleh Perbadanan hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, —

(aa) turun kepada Kerajaan; dan

(bb) dijalankan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan—

Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 7

(aaa) perancangan bandar dan desa; dan

(bbb) cukai, sewa, kadar atau caj lain berkenaan dengan harta.

(2)

Mana-mana—

(a)

kebenaran perancangan, kelulusan untuk pembangunan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan berkenaan dengan apa-apa tanah; dan

(b)

surat cara atau dokumen yang dikeluarkan, oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah seksyen 18 Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan dan hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikeluarkan oleh Kerajaan menurut perjalanan subseksyen (1) sehingga ia dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dikanselkan oleh Kerajaan.

Pencegahan kesulitan atau anomali

Section 4 — AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (PEMBUBARAN) 1996