Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996

Seksyen 5

(a)

sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau

(b)

hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.

(2)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv)

Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5)

Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang⎯

(a)

dilaksanakan dengan penerbitan syer yang diuntukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri

Kewangan di bawah perenggan (1)(a).

Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

Section 5 — AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996