Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996

Seksyen 7

(2)

Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer tak terbit syarikat itu yang hendak diuntukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

(3)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti

Perbadanan Pembangunan Bandar, yang dikira sebagai telah terletakhak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3,

12 Undang-Undang Malaysia hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan

Bandar, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir

Perbadanan Pembangunan Bandar, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan.

(4)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan keuntungan terhasil terkumpul hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa keuntungan yang dihasilkan dan disimpan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar, telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti.

(6)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan

*Akta Syarikat 1965.

(7)

Bagi maksud seksyen ini “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perbadanan Pembangunan Bandar 13

(Syarikat Pengganti)

Section 7 — AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996