Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERBADANAN PENGURUSAN LIKUIDITI ISLAM ANTARABANGSA 2011

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 721

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“amanah atau dana Perbadanan” ertinya suatu amanah atau dana yang ditubuhkan oleh Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara

Perjanjian;

“Aset Terkumpul” ertinya aset patuh Shariah yang disumbangkan oleh pemberi aset kepada Perbadanan;

“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“kepentingan negara” termasuklah kepentingan keselamatan, ekonomi, sosial dan politik yang memberi manfaat atau mustahak kepada Malaysia;

“ketua pegawai eksekutif” ertinya seseorang walau apa jua nama disebut yang bertanggungjawab bagi pengendalian perniagaan dan pentadbiran Perbadanan;

“Lembaga Pengelola” ertinya Lembaga Pengelola Perbadanan;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam

Antarabangsa;

“Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung Perbadanan;

“Perkara Perjanjian” ertinya perjanjian bagi penubuhan Perbadanan dan termasuklah apa-apa pindaan, tambahan, ubah suaian atau perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa;

“sekuriti Islam” ertinya apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh

Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan menurut skim pembiayaan mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah

Perbadanan;

Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 7

“syarikat tujuan khas” ertinya suatu syarikat yang ditubuhkan semata-mata bagi penerbitan sekuriti Islam, oleh Perbadanan atau suatu subsidiari;

“subsidiari” ertinya suatu subsidiari yang ditubuhkan oleh

Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara Perjanjian.

Section 2 — AKTA PERBADANAN PENGURUSAN LIKUIDITI ISLAM ANTARABANGSA 2011