Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 17

(a)

untuk mengesyorkan dasar, rancangan dan strategi termasuk skim berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan;

(b)

untuk melaksanakan apa-apa dasar, rancangan dan strategi termasuklah skim yang diputuskan oleh Kerajaan

Persekutuan;

(c)

untuk melaksanakan langkah-langkah yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memajukan mana-mana perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam sedia ada;

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 19

(d)

untuk mengesyorkan standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan apa-apa aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan;

(e)

untuk mengawasi pematuhan standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan apa-apa aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam yang ditetapkan oleh

Kerajaan Persekutuan;

(f)

untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang itu kepada Kerajaan Persekutuan;

(g)

untuk memastikan bahawa fungsi dan obligasi mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau perkhidmatan pengurusan pembersihan awam dijalankan dengan sepatutnya;

(h)

untuk menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;

(i)

untuk melaksanakan langkah untuk menggalakkan penyertaan awam dan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;

(j)

untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan dan pembiayaan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsi Perbadanan dengan patut dan berkesan;

(k)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi

Perbadanan;

(l)

untuk menggunakan semua harta alih dan tak alih

Perbadanan mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan termasuklah menggadaikan harta itu bagi mendapatkan pinjaman;

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 673

(m)

untuk menggalakkan, mempromosi, memudahkan dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam melalui pelbagai cara termasuklah mengatur penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan khidmat nasihat;

(n)

untuk mengekalkan dan memperbaiki standard dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;

(o)

untuk menubuhkan institusi, pusat dan bengkel bagi menjalankan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang perlu bagi atau berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;

(p)

untuk menentukan dan mengenakan fi, caj atau bayaran lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;

dan

(q)

untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

(2)

Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan, atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Pewakilan fungsi Perbadanan

Section 17 — AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007