Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 21

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah disifatkan menjadi pegawai atau pekerja Perbadanan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memperoleh apa-apa pampasan dan apa-apa kemudahan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Perbadanan.

(5)

Perbadanan hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai

Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Perbadanan.

(6)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan.

(7)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Perbadanan.

(8)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Perbadanan dari semasa ke semasa.

(9)

Dalam menunaikan kewajipannya Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Perbadanan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 23

Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif

Section 21 — AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007