Malaysia legislation
Section 41
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 41
Obligasi kerahsiaan
(a)
tiada anggota Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya atau pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya dan tiada mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan kewajipannya; dan
(b)
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Perbadanan boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil