Malaysia legislation
Section 45
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 45
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
Akta 673
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 33
Akta 673
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –