Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 23

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum 30 September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuklah perbelanjaan bagi pembangunan, pengendalian atau pengurusan stadium, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

(4)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

(5)

Menteri boleh mengarahkan

Perbadanan supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Tahun kewangan

Section 23 — AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010