Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan”
ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 15;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 717
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 16(6) untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan Stadium
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 6;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Stadium Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“stadium” ertinya mana-mana stadium, kompleks sukan dan kemudahan sukan yang diwujudkan oleh Perbadanan atau di bawah skop Perbadanan;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.