Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 3

(2)

Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

Perbadanan Stadium Malaysia 9

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyerahhak semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Perbadanan.

(4)

Objektif

Perbadanan adalah untuk membangunkan, mengendalikan dan menguruskan stadium mengikut standard yang ditentukan oleh Perbadanan.

Fungsi Perbadanan