Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan susunan kerja yang wujud sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 42
hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau dengan memihak kepada Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini dan hendaklah boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan seberkesannya seolah-olah, sebagai ganti
Perbadanan yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Perbadanan yang dibubarkan, Perbadanan yang telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.