Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum diputuskan atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Perbadanan yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 717
atau terhadap Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Perbadanan yang dibubarkan atau orang itu jika Akta ini tidak diperbuat.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang
Perbadanan yang dibubarkan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai
Perbadanan yang dibubarkan