Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi Perbadanan adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk menubuhkan, menguruskan, mengendalikan dan menyenggarakan stadium;
(b)
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju stadium;
(c)
untuk memajukan dan menambah baik stadium dan untuk menyediakan dan melengkapkan stadium dengan loji, jentera, kelengkapan dan perkakasan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan;
(d)
untuk mempromosikan stadium, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan dan apa-apa acara lain yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
(e)
untuk membangunkan dan menyediakan di stadium apa-apa kemudahan dan perkhidmatan bersifat komersial yang melengkapi stadium, termasuklah tempat penginapan;
(f)
untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan stadium oleh mana-mana orang, sama ada tempatan atau
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 717
asing, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
(g)
untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan sukan dan stadium;
(h)
untuk bekerjasama dan membuat perkiraan dengan mana-mana orang yang berminat dalam pembangunan kemudahan pendidikan, perubatan dan penyelidikan bagi sukan di stadium, dan jika sesuai, di tempat lain untuk pembangunan kemudahan sedemikian;
(i)
untuk memajukan sistem dan proses yang akan menjadikan stadium mudah, mampu dan menarik kepada orang awam; dan
(j)
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Perbadanan