Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 5

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, kuasa

Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti bersifat komersial, yang didapati olehnya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(b)

untuk mengambil inisiatif dan membuat kajian mengenai kemungkinan pembangunan dan pembangunan semula stadium dan untuk mencadangkan pelan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula serta kaji selidik untuk menentukan sama ada

Perbadanan Stadium Malaysia 11

pengusahaan dan pelaksanaan pembangunan atau pembangunan semula stadium itu boleh dilaksanakan;

(c)

untuk membina apa-apa bangunan atas apa-apa harta tak alih Perbadanan dan menyediakan serta menyiapkan harta itu bagi apa-apa sukan, permainan, rekreasi, kegiatan masa lapang, pameran dan perarakan yang mungkin sesuai atau mudah untuk diadakan di situ, untuk menyediakan astaka, gimnasium, ruang hidangan ringan, kedai, gerai, tandas dan apa-apa kemudahan lain yang berkaitan yang difikirkan patut oleh Perbadanan dan untuk menyenggarakan atau membina semula apa-apa bangunan yang terdapat di atas tanah Perbadanan;

(d)

untuk mengadakan atau menggalakkan apa-apa sukan, permainan, rekreasi, kegiatan masa lapang, pameran dan perarakan, dan untuk memberikan atau menyumbang hadiah, anugerah dan kepujian;

(e)

untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan aktiviti, perkhidmatan dan perkara lain yang berkaitan dengan sukan dan stadium, dan untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan itu;

(f)

untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing bagi maksud pembangunan kemudahan dan perkhidmatan stadium;

(g)

untuk menghubungi mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing secara langsung atau tidak langsung, bagi menggalakkan pelaburan dalam pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium;

(h)

untuk berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Negeri berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan stadium;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

(i)

untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah untuk pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium;

(j)

untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

(k)

untuk mengenakan fi, kos, levi, caruman atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi memberi kuat kuasa kepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan

(l)

untuk membuat segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Keanggotaan Perbadanan