Malaysia legislation

Section 15A

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 15A

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan

(a)

jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Perbadanan, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama, atau selainnya, dengan―

(i)

sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan swasta atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

(iii)

sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

(iv)

sesuatu suruhanjaya; atau

(v)

seseorang; dan

(b)

menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 21

Jaminan dan idemniti

Section 15A — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997