Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 17

Jawatankuasa

(2)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(3)

Orang-orang yang tidak layak menjadi anggota Lembaga di bawah Jadual adalah juga tidak layak menjadi anggota jawatankuasa.

(4)

Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(5)

Anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi

Lembaga.

(6)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(7)

Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh

Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(8)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(9)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

(10)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan―

(a)

minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.

(11)

Anggota jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Menteri.

Pewakilan fungsi

Section 17 — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997