Malaysia legislation
Section 22A
Seksyen 22A
(2)
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, Ketua Polis
Negara atau Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
pelajar penerima hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa passport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan pelajar penerima itu.
(3)
Jika seseorang pelajar penerima yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, maka pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan pelajar penerima itu meninggalkan Malaysia.
(4)
Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Perbadanan, pegawai dan pekhidmatnya,
Kerajaan Malaysia, pegawai polis atau mana-mana pegawai awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan