Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 27

(a)

Perbadanan hendaklah mengadakan Lembaga Hasil

Dalam Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 24―

(i)

suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 22;

(ii)

suatu perakuan sebagaimana yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif atau pegawai diberi kuasa Perbadanan untuk memperakui amaun pinjaman pendidikan yang hendak didapatkan berkenaan dengan setiap pelajar penerima, dan tarikh pinjaman pendidikan itu kena dibayar balik; dan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 29

(iii)

apa-apa butir lain yang diminta oleh Lembaga

Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan; dan

(b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan hendaklah―

(i)

menyimpan dan menyenggara rekod pemungutan bayaran balik yang dibuat berkenaan dengan setiap pelajar penerima mengikut apa-apa cara dan mengandungi apa-apa butir yang difikirkan patut dan perlu oleh

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan untuk menunjukkan halehwal sebenar pemungutan bayaran balik pinjaman pendidikan;

(ii)

memberi Perbadanan suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subperenggan (b)(i) dalam tempoh yang dipersetujui antara

Perbadanan dengan

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan; dan

(iii)

tiap-tiap tiga bulan bermula dari pemungutan pertama bayaran balik pinjaman pendidikan, membayar kepada Perbadanan jumlah wang bayaran balik yang dipungut di bawah Akta ini bersama dengan apa-apa pulangan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan atas jumlah wang yang dipungut itu.

(2)

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan, mengikut budi bicaranya sendiri, boleh merangka apa-apa kaedah, tatacara dan proses pentadbiran untuk memudahkan pemungutan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

bayaran balik pinjaman pendidikan yang kena dibayar kepada

Perbadanan.

Kaedah sah bagi pemungutan bayaran balik pinjaman pendidikan

Section 27 — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997