Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 49

(2)

Tanpa menjejaskan kelulusan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan―

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(a)

borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini;

(b)

tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini;

(c)

bentuk yang mengikutinya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggara di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalamnya;

(d)

fi atau caj lain yang hendaklah dikenakan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah Akta ini;

(e)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(f)

pembayaran gratuiti dan faedah lain kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(g)

terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa beban atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan atau diserahhakkan kepada Perbadanan sebagai cagaran bagi pinjaman itu;

(h)

pembayaran elaun dan faedah lain kepada anggota

Lembaga dan jawatankuasa;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 37

(ha)

tanggungjawab, syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman pendidikan kepada mana-mana pelajar penerima;

(i)

apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan di bawah

Akta ini; dan

(j)

apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Penalti bagi perundangan subsidiari

Section 49 — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997