Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 57

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, pada menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.

Section 57 — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997