Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Fungsi Perbadanan ialah―
(a)
untuk mengadakan dan memberikan pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
(b)
untuk memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan
(c)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Perbadanan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Kuasa Perbadanan