Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Apabila diberitahu sedemikian, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada untuk membenarkan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu diteruskan atau tidak.
(3)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh memutuskan untuk membenarkan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu diteruskan tertakluk pada pemberian suatu permit di bawah
Akta ini.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—
(a)
berhubung dengan barang tidak tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—
(i)
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang—
(A)
jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau
(B)
dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
(ii)
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit
Perdagangan Strategik 27
menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; dan
(b)
berhubung dengan barang tidak tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—
(i)
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau
(ii)
jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Anggapan tentang eksport