Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
(3)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah seksyen ini dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
(5)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan permohonan bagi pendaftaran itu dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak telah dipenuhi, mendaftarkan pemohon atau menolak pendaftaran itu.
(6)
Pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah selama tempoh satu tahun dan boleh dibaharui semula atas permohonan.
(7)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan pendaftaran itu.
(8)
Syarat-syarat yang dikenakan atas pendaftaran itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang
Perdagangan Strategik 33
berkenaan dengan syarat bahawa broker berdaftar itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
(9)
Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
(10)
Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (9) hendaklah menyatakan—
(a)
dalam hal jika pendaftaran diberikan, hakikat pendaftaran itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan
(b)
dalam hal penolakan pendaftaran, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
(11)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan suatu pendaftaran jika—
(a)
broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(b)
broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atas pendaftaran;
(c)
broker berdaftar itu telah mendapatkan pendaftaran itu secara salah atau secara haram; atau
(d)
adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara atau maksud ketidakcambahan, dan hendaklah memberitahu broker berdaftar itu dalam tempoh tiga puluh hari melalui notis bertulis bahawa pendaftaran itu telah digantung atau dibatalkan.
(12)
Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen (11) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga broker berdaftar itu telah mengambil langkah-langkah untuk
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
menyingkirkan sebab-sebab bagi penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak Berkuasa yang berkenaan.
(13)
Bagi maksud perenggan (11)(d), penentuan tentang maksud kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh
Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat atas semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Hilang kelayakan kerana kesalahan