Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Jika mana-mana orang yang permit atau pendaftarannya telah diperintahkan supaya diendorskan memohon bagi suatu permit atau pendaftaran tanpa memberikan butir-butir mengenai perintah itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit, dan apa-apa permit atau pendaftaran yang didapatkan sedemikian hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa.
(3)
Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir diendorskan pada permit atau pendaftaran yang dipegang oleh mana-mana orang, atau jika, melalui suatu sabitan atau perintah mahkamah, seseorang itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu permit atau pendaftaran, mahkamah hendaklah menghantar notis mengenai sabitan atau perintah itu kepada Pengawal dan memerintahkan orang itu untuk menyerahkan permit atau pendaftaran itu kepada Pengawal bagi pengendorsan yang sewajarnya.
(4)
Jika menurut suatu notis mahkamah yang disebut dalam subseksyen (3), butir-butir yang dikehendaki diendorskan pada permit atau pendaftaran itu dimasukkan dalam daftar yang disenggarakan oleh
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pengawal di bawah Akta ini, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan.
Penyenggaraan dokumen dan daftar