Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Kuasa pegawai diberi kuasa
(a)
menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
Perdagangan Strategik 41
(b)
memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, premis, struktur atau pengangkutan dan untuk menahan mana-mana pengangkutan;
(c)
memanggil kembali mana-mana pengangkutan yang telah meninggalkan mana-mana pelabuhan atau tempat di
Malaysia dan menahan pengangkutan itu;
(d)
melaksanakan hak kejar buru;
(e)
menuntut pengemukaan apa-apa permit, rekod, perakuan atau dokumen lain dan memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu;
(f)
menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(g)
memeriksa dan menyita apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(h)
menangkap mana-mana orang yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
(i)
menyingkirkan mana-mana pengangkutan yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam aktiviti terhad atau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara atau keselamatan negara.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tiada pengangkutan boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan pengangkutan itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), laluan sesuatu pengangkutan merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan pengangkutan itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan negara Malaysia.
(4)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (3), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara:
(a)
apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kebebasan politik
Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa;
(b)
apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis senjata;
(c)
apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan keselamatan negara atau pertahanan Malaysia;
(d)
apa-apa perbuatan propaganda yang bertujuan untuk menjejaskan keamanan, keselamatan negara atau pertahanan Malaysia;
(e)
pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana pesawat udara;
(f)
pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana peranti tentera;
(g)
pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, kewangan, imigresen atau kesihatan Malaysia;
Perdagangan Strategik 43
(h)
apa-apa perbuatan pencemaran;
(i)
apa-apa aktiviti menangkap ikan;
(j)
penjalanan aktiviti penyelidikan atau tinjauan tanpa kebenaran;
(k)
apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengganggu apa-apa sistem komunikasi atau apa-apa kemudahan atau pemasangan lain di Malaysia; dan
(l)
apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.
Kuasa penyiasatan