Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agen biologi” ertinya apa-apa mikrobial, organisma mikro, virus atau bahan berjangkit yang diterbitkan daripadanya secara semula jadi atau buatan, serta komponennya dan walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya;
“aktiviti terhad” ertinya—
(a)
apa-apa aktiviti yang menyokong pemajuan, penghasilan, pengendalian, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan, inventori atau percambahan apa-apa senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya; atau
(b)
penyertaan dalam transaksi dengan orang yang terlibat dalam aktiviti sedemikian;
“bantuan teknikal” termasuklah arahan, kemahiran, latihan, pemberian pengetahuan kerja dan perkhidmatan perunding dan boleh melibatkan pemindahan data teknikal;
“barang” termasuklah barangan dan teknologi;
“barang strategik” ertinya apa-apa barang yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“barang tidak tersenarai” ertinya barang yang boleh digunakan dalam aktiviti terhad tetapi yang tidak ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“data teknikal” termasuklah rangka tindakan, pelan, diagram, model, formula, jadual, reka bentuk dan spesifikasi kejuruteraan, manual dan arahan dalam format cetakan atau elektronik;
Perdagangan Strategik 9
“eksport” ertinya—
(a)
untuk membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari
Malaysia apa-apa barang melalui darat, laut atau udara, atau untuk meletakkan apa-apa barang dalam sesuatu pengangkutan bagi maksud barang sedemikian dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara; atau
(b)
untuk menghantar teknologi melalui apa-apa cara ke suatu destinasi di luar Malaysia, dan termasuklah apa-apa penghantaran teknologi secara lisan atau visual menerusi suatu peranti komunikasi jika teknologi itu terkandung dalam suatu dokumen yang bahagian relevannya dibacakan, diperihalkan atau selainnya dipaparkan menerusi peranti komunikasi itu mengikut cara yang mencapai kesan yang serupa;
“membawa dalam transit” ertinya membawa barang dari mana-mana negara ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara, di mana barang itu akan dibawa keluar dari Malaysia atas pengangkutan yang sama dengan pengangkutan yang membawa barang itu ke dalam
Malaysia atau apa-apa pengangkutan lain dan sama ada atau tidak barang itu didaratkan atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak termasuk perjalanan pengangkutan asing yang membawa apa-apa barang menerusi Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa;
“memindahkan” ertinya untuk mengalihkan barang dari pengangkutan yang membawa masuk barang itu ke Malaysia dan untuk meletakkan barang itu atas pengangkutan yang sama atau yang lain bagi maksud membawanya keluar dari Malaysia yang perbuatan ini dijalankan berdasarkan bil muatan kapal langsung, bil muatan pesawat udara langsung atau manifes langsung;
“menghantar”, berhubung dengan teknologi strategik, ertinya—
(a)
menghantar teknologi itu di Malaysia melalui cara elektronik; atau
(b)
menyediakan teknologi itu di Malaysia atas suatu peranti,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
supaya teknologi strategik itu boleh dicapai oleh mana-mana orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam seksyen 25A;
“pembrokeran” ertinya aktiviti seseorang yang, sama ada bagi pihaknya sendiri atau dengan bertindak sebagai ejen bagi pihak orang yang lain—
(a)
merundingkan atau mengaturkan pembelian, penjualan atau pembekalan barang dari satu negara asing ke negara asing yang lain; atau
(b)
membeli, menjual atau membekalkan barang sedemikian dari satu negara asing ke negara asing yang lain;
“pemunya”, berhubung dengan—
(a)
barang strategik atau barang tidak tersenarai, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, penerima konsain, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan benefisial mengenai, atau yang mempunyai kawalan ke atas, atau kuasa pelupusan atas, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu; dan
(b)
sesuatu pengangkutan, termasuklah tiap-tiap orang yang bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima tambang muatan atau caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan itu;
“pengangkutan” termasuklah apa-apa kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara dan apa-apa cara pembawaan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;
Perdagangan Strategik 11
“Pengawal” ertinya Pengawal Perdagangan Strategik yang dilantik di bawah seksyen 5, dan termasuklah Timbalan Pengawal Perdagangan
Strategik;
“peranti” ertinya apa-apa medium yang dalamnya maklumat, imej visual, bunyi atau data lain direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa bentuk supaya dapat (dengan atau tanpa bantuan kelengkapan lain) didapatkan semula atau dihasilkan daripadanya;
“perisian” ertinya koleksi satu program atau program mikro atau lebih yang direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa peranti;
“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan termasuklah suatu permit khas;
“Pihak Berkuasa yang berkenaan” ertinya Pihak Berkuasa yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan bagi pengawalseliaan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad, dan termasuklah Pengawal;
“senjata biologi” ertinya apa-apa mikrobial atau agen biologi lain atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, daripada jenis dan dalam kuantiti yang tidak dapat dijustifikasikan bagi maksud profilaktik, perlindungan atau keamanan yang lain, dan senjata, kelengkapan atau cara penghantaran yang direka untuk menggunakan agen biologi atau toksin bagi maksud permusuhan atau dalam konflik bersenjata;
“senjata kimia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641];
“senjata nuklear”
ertinya apa-apa peranti yang berupaya membebaskan tenaga nuklear dengan cara yang tidak terkawal dan yang mempunyai kelompok ciri yang sesuai untuk penggunaan bagi maksud perang, tetapi tidak termasuk sistem penghantaran jika sistem penghantaran itu boleh diasingkan daripada peranti itu;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
“senjata pemusnah besar-besaran” ertinya apa-apa senjata yang direka bentuk untuk membunuh, mencederakan atau menjangkiti orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan menerusi kesan letupan atau penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat berjangkit atau toksik senjata biologi, dan termasuklah sistem penghantaran yang direka bentuk, disesuaikan atau diniatkan untuk penggunaan senjata sedemikian;
“teknologi” ertinya maklumat dan data dalam apa-apa bentuk bagi perekaan bentuk, pemajuan, penghasilan atau penggunaan barang yang lain dan termasuklah data teknikal, bantuan teknikal dan perisian;
“teknologi strategik” ertinya teknologi yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7;
“toksin” ertinya apa-apa bahan beracun, walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, yang dihasilkan oleh suatu organisma hidup atau yang disintesiskan secara buatan yang boleh menyebabkan penyakit, kecederaan atau kematian;
“undang-undang yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual.
Undang-undang yang terpakai